Jumat, 05 April 2013

"TABAHLAH WAHAI HATI, SENYUMLAH TANDA KEKUATAN"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Cukuplah aku MENCINTAIMU dalam hati,
MENYALURKAN RINDUKU melalui DOA-DOA di setiap sujudku..
Dan MENJAGAMU melalui ALLAH SWT.

Jika KAU bukan yang ALLAH SWT CIPTAKAN untukku,
REDHAKU dengan ketentuan ALLAH SWT,
Kerana ALLAH SWT mungkin sudah SEDIAKAN yang lebih BAIK UNTUKMU & UNTUKKU =')

Jika kamu mencintai ALLAH SWT
Sesungguhnya Dia akan sentiasa
mencukupkan cintamu atas
Cinta~cinta yang lain ? :')

Di hati ini...
Punya sedikit rasa buatmu
Tapi maafkan aku...

Tidak akan ku biarkan rasa itu bertambah mekarnya
Kerana belum tentu kau pemilik selayaknya...

Bukan niatku untuk menjauh...
Aku hanya ingin memelihara rasa itu...
Jangan kau bersedih
Dan terasa pedih

Andai rasa itu milikmu...
Tiba masanya
Dengan rela hati ku serahkan padamu...

Sehingga tiba waktu itu..
Persiapkan dirimu..
Maka yang sama juga buatku...

Andai sudah tiba waktu...
Andai sudah tertulis aku untukmu...
Kita pasti akan bertemu Dan bersatu...

# Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan
PERANGSANG kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU..

# Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian..

# Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya.

# Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..

p/s : Dia sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti dia MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain.

# Ketika seseorang memujimu MAKA pahatkan SUBAHANALLAH didalam HATI mu agar RIAK jauh dari JIWA mu..

# Ketika seseorang mendekatimu MAKA alunkan ASTGHFIRULLAH didalam KALBU mu agar KEINGINAN dihindar dari HATI mu..

# Ketika seseorang menjaga maruahmu MAKA zikirkan ALHAMDULILAH didalam JIWA mu agar KESYUKURAN sentiasa dekat di KALBU mu..

Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetangah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia,
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka,
Pasti ada perkara yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis,

Pasti ada!!
Kerana dia juga manusia!

Maknanya,
Bila kamu menyangka bahawa kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,

Kamu silap dan kamu salah!

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan,

Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui!

Ada!!

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah Nampak,
Jangan selalu menganggap bahawa kamulah

Yang paling susah,
Yang paling sakit diuji,
Yang Paling berat diduga!

Ada,
Ada insan lain yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.

Sudah! Kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu,

Pujuk hatimu,
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.

Bila kamu menyandarkan harapan pada~Nya,
DIA tidak akan sekali-kali mempersiakan harapan kamu,

Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuan~Nya,

DIA tidak akan sesekali mengkhianati kepercayaan kamu!!

HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL,
NI’MAL MAULA WA NI’MANNASIR

Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami
dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung,
Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”.

saat engkau menyakiti hati orang lain,.
terkadang kata-katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang dihatinya,.
engkau seperti menancapkan paku di dadanya, lalu mencabut paku itu,.
tak peduli berapa kali engkau meminta maaf,. luka itu akan tetap ada,.
" paku didinding bila dicabut, dinding tak akan pernah sama seperti alasnya,. begitulah luka dihati, walaupun telah dimaafkan "

bintang pun tak dapat bersinar tanpa kegelapan,.
sabar ea para SABAT qu...... :)

Wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh....

By: 
Betapa Kecilnya Kita di Hadapan Allah

0 komentar:

Posting Komentar